Pengasuh dan segenap Pengurus Ahlul Bayt Times mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha 10 Zulhijah 1433 H.

Video

Selasa, 14 Agustus 2012

Mengenal Ahlul-Bayt Rasulallah SAW

(Muqaddimah)
Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas
Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menghendaki supaya dihapuskan kekotoran (dosa) daripada kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya."  (al-Quran s.al-Ahzab:33)
Ahlul Baiyt ialah keluarga Nabi s.a.w.yang sangat rapat dengan beliau. Diriwayatkan oleh ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. Rasulallah s.a.w. berada di rumahnya sedang tidur dengan memakai kain selimut. 
Apabila Fatimah anakanda Nabi s.a.w. membawakan untuk ayahandanya semangkuk Khazirah. Rasulallah s.a.w. bersabda kepada anakandanya Fatimah, "Panggillah suamimu dan kedua-adua anakmu Hasan dan Husain". Fatimahpun memanggil mereka semua. 
Ketika mereka sedang duduk dan makan bersama Rasulallah s.a.w. maka turunlah ayat yang tersebut di atas. Ketika itu Rasulallah s.a.w.
memegang tepi kain selimut yang ada bersama Nabi s.a.w. dan menutupi mereka semua . Sambil menadahkan tangan, baginda berdo'a, "Ya Allah mereka ini adalah Ahlul Baiytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya". 
Nabi s.a.w.mengulangi do'a ini sebanyak tiga kali. Berkata Ummu Salamah, "Aku masukkan kepalaku dalam penutup itu, Nabi s.a.w. menarik selimut itu sambil bersabda, "Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan", diulangi sehingga dua kali. (H.S.riwayat Thabrani dari Ummu Salamah) 

Al-Fakhrul Razi menyebutkan dalam tafsir al-Kabir bahawa selepas
turun ayat yang bermaksud:
"Suruhlah ahli keluargamu sholat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya" (al-Quran s.Thaha:132).
Dalam hadis Nabi s.a.w. riwayat Hamad bin Salamah daripada Ali bin Zaid daripada Anas r.a.Rasulallah s.a.w setelah turunya ayat tersebut di atas, maka Rasulallah s.a.w. ketika melewati rumah Ali dan Fatimah, maka Rasulallah s.a.w.senantiasa menyeru mereka  (keluarganya) untuk menunaikan sholat sambil membawakan ayat yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menghendaki supaya menghapuskan kekotoran dari kamu, hai ahlulbaiyt dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya." al-Quranulkarim)
Pernah terjadi suatu peristiwa, betapa tinggi sifat pengorbanan
yang telah diberikan oleh saidina Ali bin Abi Thalib, isterinya Fatimah
Azzahra dan kedua anaknya Hasan dan Husain tercatat dalam sejarah. Ketika  siti Fatimah menghidangkan roti untuk mereka berbuka puasa, datanglah kepada mereka orang miskin, anak yatim dan tawanan perang yang sedang kelaparan dan meminta makanan. Dengan tidak ragu-ragu semua makanan diserahkan kepada mereka, sehingga mereka sekeluarga tidak ada makanan untuk dimakan, sehingga turunlah ayat bearmaksud:
"Mereka memberikan makanan yang sangat mereka perlukan, kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan, sesungguhnya kami berikan karena Allah, dan tidaklah tidak mengharapkan balasan ataupun ucapan syukur".
(a-Quranul karim)
Inilah sebahagian dari akhlak pengorbanan dari keluarga Rasulallah s.a.w. yang rapat sekali dengan baginda. Demikian pula Saidatuna Fatimah Azzahra meskipun beliau anak Nabi s.a.w. yang amat disayangi oleh ayahandanya, tetapi tangannya telah pecah-pecah karena menimba air dan mengisar gandum. Pernah beliau disarankan supaya meminta kepada ayahandanya seorang pembantu wanita untuk membantunya di rumah. Meskipun demikian
Nabi tidak mengabulkannya, hanya Nabi mengajar kepada Fatimah Azzahra supaya membaca zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
Pernah terjadi suatu peristiwa dimana seorang tua sedang mengambil air udhu, hal ini diperhatikan oleh kedua-dua cucunda Nabi s.a.w. Hasan dan Husain. Cara kedua orang tua itu mengambil udhu tidak sempurna. Hal ini perlu dibetulkan, akan tetapi bagaimana mau membetulkan seorang tua yang perlu dihormati.
Kedua-dua anak yang bijak dan mempunyai akhlak yang mulia ini, telah berpura-pura bertengkar dan saling menyalahkan cara mengambil air udhu.
Orang tua di dekat mereka itu menyuruh kedua-dua mereka mengulangi cara
mengambil air udhu. 
Orang tua itu merasa heran karena melihat kedua-dua cucunda Nabi s.a.w.begitu rapi cara mengambil air wudhunya, sehingga ia terasa, mungkin dirinya sendiri yang tak betul mengambil air udhu. Ketika orang tua itu bertanya siapa kedua-dua budak bijak ini, ternyata mereka adalah cucunda Nabi s.a.w. yang amat-amat dikasihi Nabi dan mendapat didikan langsung dari Nabi s.a.w. dalam banyak hal yang berguna. 

Siti Fatimah Azzahra


Allah berfirman yang bermaksud:
"Barangsiapa membantahmu tentang dia (Nabi Isa a.s.) setelah engkau menerima pengetahuan yang meyakinkan, maka katakanlah kepada orang itu, "Marilah kita panggil (kumpulkan) anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu, lalu marilah kita mohon kepada Allah supaya menjatuhkan kutukan-Nya kepada orang-orang yang berdusta". (Q.S.Aali 'Imran:61)
Ayat mubahalah ini diturunkan untuk menguatkan tentang kebenaran al-Quran yang menceritakan berkenaan Nabi Isa a.s. Ayat ini diturunkan pada tahun ke 10 hijrah kerana adanya tentangan dan pendustaan beberapa orang nasrani Najran yang menghadap Nabi s.a.w. Allah s.w.t. menyuruh Nabi s.a.w. mengatakan kepada mereka yang menentangnya, marilah kita ajak keluarga  masing-masing ke satu lembah untuk berdoa'a kepada Allah s.w.t. supaya menjatuhkan kutukannya terhadap orang yang berdusta. 
Lalu Nabi s.a.w. bersama keluarga baginda yang terdekat yaitu anak baginda Fatimah Azzahra, Saidina Ali bin Abi Thalib (menantu dan juga sepupu Nabi s.a.w.) dan cucu baginda al-Hasan dan al-Husain. Rasulallah s.a.w.menggendong saidina Husain yang masih kanak-kanak sambil mengganding Saidina Hasan yang sudah agak besar. Di belakang Rasulallah s.a.w. berjalan Siti Fatimah Azzahra dan Saidina Ali k.w. Mereka menuju ke lembah yang telah ditetapkan oleh kedua pihak.
Mubahalah itu tak jadi dilakukan karena pihak Nasrani Najran mengundurkan diri, karena mereka kuatir bencana akan menimpa mereka jika sekiranya mereka meneruskan juga mubahalah tersebut. 
Siti Fatimah Azzahra putri bungsu Nabi s.a.w. meningkat dewasa bersamaan dengan pertumbuhan Islam disaat-saat menghadapi berbagai halangan dan rintangan dan disaat-saat amat genting. Siti Fatimah Azzahra dilahirkan pada hari Juma'at 20 Jumadil akhir tahun kelima sebelum Nabi s.a.w.menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraish sedang memperbaiki dan membangun kembali ka'bah disebabkan banyak kerusakan pada bangunan tersebut. 
Siti Fatimah putri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya), Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak).
Jutaan Muslimat Ummat Nabi s.a.w. kemudian ramai yang menamakan putri mereka dengan Fatimah. Siti Fatimah Azzahra, lahir dan dibesarkan di bawah naungan wahyu Ilahi yang diterima oleh ayahandanya Muhammad s.a.w. Siti Fatimah dilahirkan dan dibesarkan ditengah keluarga suci. Siti Fatimah Azzahra menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t.,  dengan tangisan kesedihan Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum Qurraish.
Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt
Assalamu'alaikum w.w,
Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hahdirat Ilahi, yang telah mewajibkan kepada seluruh kaum Mulimin dan Muslimat, untuk memberikan kecintaan dan kasih sayang mereka terhadap Nabi s.a.w. dan keluarganya ia itu Ahlulbaiyt, yang telah disucikan Allah s.w.t. seperti tersebut dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya." (al-Quran s.al-Ahzab:33)
Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih  dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy)
Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah:
"Wahai Ahlulbait Rasulallah ! Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."
Syeikhul Islam Ibnu Thaimiyah dalam kitab beliau yang bertajuk: "Al-Washiatul Kubra (wasiat yang terbesar) hal 297 beliau menerangkan, antara lain:'.......Para anggota keluarga Rasulallah s.a.w. mempunyai beberapa hak yang wajib dipelihara sebaik-baiknya. Allah s.w.t. telah memberikan hak kepada mereka untuk menerima seperlima bahagian dari ghanimah (harta rampasan perang). 
Allah memerintahkan kepada Ummat Islam menyampaikan shalawat kepada mereka bersama shalawat yang disampaikan kepada Rasulallah s.a.w. Juga Nabi Muhammad s.a.w. mengajarkan Ummat Islam supaya berdo'a seperti berikut, "Ya Allah! Limpahkan shalawat kepada Muhammad dan Keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji dan Maha Agung. Berkatilah Muhammad dan Keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim......"
Alhamdulillah seruan Allah s.w.t. dan Rasulnya kepada kaum Muslimin dan Muslimat ramai juga mematuhinya. Mereka bukan saja memberikan kasih sayang tetapi juga telah bersama-sama Ahlul Baiyt berjuang mati-matian dalam menegakkan dan memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan. 
Dalam menyelamatkan Ummat manusia dari penindasan orang-orang yang zalim, yang senantiasa memperturutkan Hawa Nafsu Jahat dan melanggar Perintah Allah dan Rasul-Nya. Sehingga akhirnya Alulbaiyt dan pengikut setianya mencapai kemenangan dan terselamatlah Ummat Islam dari kehancuran dan kebinasaan. 
Meskipun demikian sepeninggalnya Rasulallah s.a.w. ada juga manusia durjana yang menjadi budak Hawa Nafsu jahat. Mereka tidak segan-segan melakukan berbagai halangan dan rintangan supaya Dakwah yang dibawa oleh Ahlul Baiyt terhenti. Mereka   melakukan berbagai halangan dan rintangan, malah dengan tidak henti-hentinya mereka ini menangkap malah menganiaya Ahlul Baiyt, dan penyokong penyokong mereka. 
Ayat ini diturunkan karena meskipun Rasulallah s.a.w. telah bersusah payah menyelamatkan bangsa Arab yang kehidupan mereka sebelumnya berada dalam zaman kegelapan, kesesatan, berpecah belah, kezaliman, dan tidak dipedulikan dunia sekelilingnya menuju zaman cahaya yang terang benderang, zaman kebenaran,  zaman keadilan, zaman perpaduan, sehingga bangsa Arab menjadi satu ummat yang bersatu padu dan disegani dunia seluruhnya. Rasulullah s.a.w. telah menyelamatkan manusia dari kesesatan. Mereka diajarkan supaya hanya menyembah  Allah s.w.t. yang telah menciptakan alam dengan segala apa yang ada didalamnya. 
Sebelumnya, perikemanusiaan yang berada dalam sifat-sifat kebinatangan, yang kuat, menindas yang lemah, yang kaya memeras yang miskin telah bertukar kepada sifat penuh kemanusiaan dan pembelaan terhadap mereka yang lemah dan teraniaya. Masa jahiliyah yang penuh dengan kebodohan sehingga mudah ditipu dan dipermainkan oleh penguasa yang zalim, telah bertukar dengan zaman mencintai Ilmu Pengetahuan yang telah banyak melahirkan cerdik pandai Islam yang  telah mengembangkan berbagai Ilmu Pengetahuan yang berguna untuk seluruh manusia dan makhluk lain.
Rasulullah s.a.w. dan keturunannya yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. telah menjelajah seluruh pelosok dunia, untuk menyebarkan Islam dan ajarannya yang benar. 
Meskipun demikian jerih payah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan keluarganya yang terdekat, oleh karena manusia yang sifatnya suka melupakan jasa orang yang telah berjasa, habis manis sepah dibuang, maka Nabi mengingatkan Ummatnya bahwa, Nabi s.a.w. tidak mengharapkan apa-apa upah, hanya Nabi s.a.w. mengharapkan Ummatnya tahu berterimakasih dan mengenang jasa, dengan cara menyayangi dan mengasihi keluarga Rasulallah s.a.w. yang beriman dan bertaqwa serta berjuang dalam meninggikan Islam dan ajarannya yang benar.
Oleh karena ramai manusia yang tidak memperdulikan lagi pesanan Nabi s.a.w. sekarang ini, maka apa yang telah terjadi didunia Islam sekarang ini. Mereka berpecah belah menjadi golongan kecil, yang bersaing antara satu dan lainnya. Mereka berpecah belah menjadi negara-negara kecil yang yang bergantung nasib kepada musuh-musuh Islam. Mereka terpaksa tunduk kepada musuh dengan menggadaikan marwah dan semua apa yang mereka miliki. Sehingga ajaran Islam yang memerintahkan supaya Ummat Islam berjuang dalam satu barisan seumpama sebuah bangunan yang kukuh yang saling menguatkan satu dengan lainnya, telah berubah menjadi satu bangunan yang rapuh yang menunggu saat kehancurannya saja lagi.
Peringatan Nabi s.a.w. supaya Ummatnya saling bantu  membantu antara satu dengan lain, tidak diamalkan sehingga jika ada ummat Islam yang sedang dalam kesusahan dan kesengsaraan kita dapat saksikan mereka tidak dipedulikan oleh ummat Islam yang mampu membantu. Anehnya yang memberikan bantuan ialah orang-orang yang bukan Islam yang sudah tentu terpaksa dibayar dengan bayaran yang sungguh mengecewakan ummat Islam seluruhnya. 
Oleh karena itu jika kita Ummat Islam sekarang ini mengharapkan Islam dan Ummatnya menjadi satu Ummat yang mulia dan disegani dimasa yang akan datang, maka perlulah mereka mengikuti kembali perintah Allah dan Rasul-Nya Muhammad s.a.w. Mereka perlu bersatu padu kembali, bekerjasama dalam hal-hal yang menyangkut kepentingan bersama, bertolak ansur dalam hal-hal kecil. Mereka berjuang dalam satu barisan seumpama satu bangunan yang kokoh saling kuat menguatkan, seumpama sebuah tubuh jika sebahagian disakiti yang lainnya juga ikut merasainya. Mereka saling tolong menolong dalam jalan yang benar dan bertaqwa kepada Allah dan tidak bertolong menolong dalam kejahatan dan saling bermusuh-musuhan dan tidak berpecah belah.
Insya-Allah dengan mengikuti contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan Ahlul Baiytnya Insya-Allah Islam dan Ummatnya akan kembali memperoleh kejayaannya kembali.
Amin.
Siti Fatimah dan Keluarganya

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
Siti Fatimah Azzahra as, adalah putri bungsu kesayangan Rasulallah s.a.w. Siti Fatimah Azzahra, adalah putri teladan. Ketaatan dan kesetiaannya kepada ayah dan bundanya adalah menjadi contoh teladan yang baik sekali bagi seluruh wanita. Siti Fatimah Azzahra telah mengorbankan seluruh hayatnya untuk kepentingan Islam dan Ummatnya. Siti Fatimah dengan setianya mendampingi suaminya Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib dalam keadaan suka dan duka. Belau telah berjaya mendidik kedua anakandanya Hasan dan Husain dengan akhlak dan budiperkerti yang mulia. Siti Fatimah senantiasa berusaha membantu fakir miskin dan mereka yang sangat mengharapkan pertolongan.
Siti Fatimah Azzahra dibesarkan dalam asuhan dan didikan langsung ayahandanya yang tercinta Rasulallah s.a.w. Kasih sayang dan kecintaan Nabi s.a.w. kepada Siti Fatimah Azzahra, terutama disebabkan tingkah laku dan tabiatnya banyak mirip dengan ayahandanya.
Hidup zuhud dan tekun beribadah  adalah sifat yang dimiliki Fatimah Azzahra. Beliau menghayati hubungan yang ikhlas dengan Allah s.w.t. Sifat mulia yang dimilikinya sebagaimana telah diceritakan oleh Asma binti Umais, "Pada suatu hari aku berada dirumah Siti Fatimah Azzahra.Tiba-tiba ketika itu Rasulallah s.a.w. datang ke rumah Siti Fatimah. Ketika itu Sitti Fatimah memakai seuntai kalung emas pemberian suaminya Imam Ali bin Abi Thalib k.w. Ketika Rasulullah melihat kalung itu, lalu Nabi s.a.w.bersabda, "Hai anakku apakah engkau bangga disebut orang sebagai putri Muhammad, sedangkan engkau sendiri memakai jaababirah ? "(perhiasan yang biasa dipakai oleh putri bangsawan). Ketika itu juga Siti Fatimah melepaskan kalungnya itu, dan menjualnya. Hasil dari harga kalung tersebut Siti Fatimah membeli seorang hamba dan hamba tersebut dimerdekakan. Ketika Rasulallah s.a.w mendengar berita tersebut Nabi s.a.w. amat bergembira dan mendo'akan Siti Fatimah sekeluarga.
Dalam peristiwa lainnya yang diriwayatkan oleh Thuban, ia berkata, "Ketika Rasulallah s.a.w. pulang dari suatu peperangan, seperti biasanya Nabi s.a.w. singgah ke rumah anakandanya Siti Fatimah, ketika itu Nabi s.a.w. melihat kedua-dua cucundanya memakai gelang perak. Nabi s.a.w. tidak jadi singgah, dan Nabi terus pulang kerumahnya. 
Mengetahui hal tersebut Siti Fatimah menyadari bahawa Nabi tidak jadi singgah, disebabkan perhiasan yang dipakai oleh kedua-dua cucunya itu. Lalu Siti Fatimah Azzahra dengan tidak ragu-ragu lagi membuka perhiasan gelang yang dipakai oleh kedua anaknya itu dan dihancurkan sehingga berkeping-keping. Hal tersebut menyebabkan saidina Hasan dan Husain menangis, meskipun dipungut kembali kepingan gelang perak itu dan diserahkan kepada Saidina Hasan dan saidina Husain, yang ketika itu belum tahu apa-apa. 
Kedua mereka sambil menangis mendatangi Datuknya Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. mengambil kedua kepingan gelang itu dan menyuruh Thuban pergi membelikan gantinya, untuk Siti Fatimah sebuah kalung dari ashab (sejenis benang yang dipilin) dan dua gelang yang terbuat dari gading untuk cucundandanya.
Sambil Nabi s.a.w.bersabda:
" Mereka itu Ahlul Baiytku, aku tidak ingin mereka kehilangan kebajikan karena masaalah duniawi ini...!" (Riwayat Thuban diungkapkan oleh At-Thabbarry dalam kitabnya "Siratul Mustafa".)

Siti Fatimah yang Tekun Beribadah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
FATIMAH AZZAHRA, putri kesayangan Rasulallah s.a.w. dalam kehidupan hariannya mengikuti jejak ayahandanya, terutama dalam kezuhudan dan ketekunan beribadahnya, sehingga beliau digelar dengan "Al-Batul"(orang yang sangat tekun beribadah). 
Kesibukan hariannya dalam mengurus rumah tangga, dan menunaikan tanggung jawabnya kepada suami dan anak-anaknya, menggiling gandum dengan tangannya sendiri, sehingga pecah-pecah tangannya, menolong fakir miskin dan mereka yang memerlukan pertolongan, membantu dalam banyak peperangan dan merawat ayahandanya dalam keadaan luka, dan berbagai tugas lainnya, semua itu tidak menjadi halangan dan rintangan dalam menunaikan ibadah sholatnya terutama dimalam hari, sehingga saidina Hasan anandanya berkata:
"Tiap malam aku melihat ibuku melakukan sholat terutama di malam Jum'at, aku mendengar ibuku selalu mendo'akan terlebih dahulu untuk seluruh kaum Mukminin dan Mukminat, sehingga aku pernah bertanya:
"Mengapa Ibu tidak pernah berdo'a untuk diri ibu sendiri seperti ibu berdo'a kepada orang lain.?"
Ibu hanya menjawab:"Kita perlu berdoa untuk tetangga terlebih dahulu, kemudian barulah untuk keluarga sendiri.......!"
Hasan al-Basri pernah berkata :"Dalam ummat ini tidak ada wanita yang begitu tekun beribadah, melebihi Sitti Fatimah Azzahra. Beliau terus menerus sholat sehingga kakinya bengkak. "Apa yang dilakukan Siti Fatimah adalah sama seperti yang telah dilakukan oleh ayahandanya Muhammad Rasulallah s.a.w. dan beliau mencintai orang lain melebihi kecintaan kepada dirinya sendiri. 
Fatimah Azzahra hidup dan dibesarkan dibawah naungan ayahandanya dan bimbingan suaminya sendiri, Imam Ali bin Abi Thalib k.w. seorang pejuang Islam yang terkemuka.
Fatimah Azzahra menyaksikan sendiri betapa kesusahan dan kesulitan yang telah dialaminya oleh ayahandanya dalam menegak, mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam. Beliau dan keluarganya mengalami sendiri masa penderitaan yang telah dialami oleh ayahanda dan suaminya dalam banyak peperangan sehingga mencapai kejayaan.

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More